Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1], Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan[2], mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
Kadazandusun juga mempunyai tarian mereka yang tersendiri iaitu tarian Sumazau, kebiasaannya ditarikan semasa majlis perkahwinan dan Pesta Kaamatan.
VIDEO TARIAN SUMAZAU.
Bungkau?? apakah itu Bungkau?
Bungkau.
Bungkau,alat muzik Sabah bah..
Kaum Kadazandusun meniup bungkau.
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
Selalunya dimainkan oleh kaum-kaum veteran atau berpengalaman.
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.
Tuhau..walaupun berbau hangit,namun sedap jika masuk dalam mulut..Tuhau bah itu..
Tuhau adalah sebutan dalam bahasa Kadazan dan Dusun atau [nama saintifik = E.Coccinea] dan [Bahasa Iban = Upak Kecalak] bagi sejenis tumbuhan herba yang hidup subur di kepulauan Borneo yang mempunyai jenis pokok rendah tidak berbatang jenis keras. E. coccinea ala kerabu. Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau dan Keningau, Sabah.
Tuhau kebanyakkan berjual di kedai-kedai tepi jalan Tamparuli-Ranau.
Makanan Tuhau..
Tuhau merupakan tumbuhan yang popular bagi masyarakat kadazan dusun. Tuhau dijadikan jeruk untuk dimakan bersama nasi. Tuhau diperbuat dari bahagian dalam Tuhau, (umbut) tuhau di bersihkan dan bahagian kulit luarnya yang keras dibuang. Bahagian yang lembut itu ditumbuk sedikit hinggaagak pecah-pecah, ataupun dihiris nipis-nipis dan direndam dalam jus limau nipis yang dicampur bersama sedikit garam.Kadang-kadang jus limau nipis diganti dengan cuka. Cili padi atau bawang di tambah untuk menyedapkan rasa jeruk tersebut. Jeruk tuhau dimakan bersama nasi dan ikan masin. Jeruk ini juga selalunya dijadikan sambal(sambal tuhau). Buat masa ini kegunaan tuhau dari segi perubatan masih belum diketahui.
Hinava....Punya saaadaaappp!!!
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.
Hinava dari ikan Tenggiri.
Hinava dari ikan Yu.
Bahan-bahan untuk memasakkan ikan.
Bahan-bahan untuk membuat Hinava dari ikan Tenggiri.
Pulau Sipadan...Diving World...
Pemandangan yang ada di Pulau Sipadan.
Penginapan yang ada di Pulau Sipadan.
Pulau Sipadan seringkali disebut sebagai lokasi di dunia untuk aktiviti scuba diving, dan mereka yang telah menerokai perairan tersebut pasti tidak akan menyangkal pernyataan tersebut. Semasa berada di dasar laut, anda akan dapat melihat dengan lebih dekat kedua-dua batu karang yang keras dan juga batu karang lembut. Batu karang ini yang menjadikan pelbagai banyak ikan-ikan yang menjadikan sebagai habitat, iaitu di celah-celah batu karang tersebut.
Selain itu, semasa menyelam di dasar laut ini, anda juga akan berpeluang untuk berenang bersebelahan dengan penyu hijau yang semakin pupus dan juga jerung white tip reef, serta melihat lebih daripada 3,000 jenis hidupan yang lain. Beberapa dive spot boleh dikunjungi di luar perairan Pulau Sipadan, dan yang paling terkenal ialah Barracuda Point, di mana penyelam boleh terjumpa dengan sekumpulan Barracuda berenang di situ..
Sememangnya Pulau Sipadan merupakan tempat yang menarik untuk menyelam, selain itu mempunyai pantai yang belum tercemar.
Sagu@Pinantung?? Apakah itu?? Heran? Jom kita lihat apakah sebenarnya sagu@pinantung...
Ambuyat - Pinantung - Sagu (Makan Tradisional Kuala Penyu)
Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses.
Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional.
Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpit untuk menggulungpinantung) dengan menggunakan Sumpit. Sungkilan pinantung bergantung kepada si pemakan. Selalunya pihak lelaki suka membuat sungkilan yang sangat besar daripada saiz mulut mereka sendiri. Keadaan ini kadang-kadang merisaukan kerana si pemakan mungkin Nogulanan(tersedak)!! Walau bagiamanapun perkara ini sebenarnya hanya kerisauan mata kasar, ia tidak akan terjadi sedemikian kerana, gulungan pinantung tadi harus dicecah dengan kuah bambangan dan diseterusnya dimasukkan
ke dalam mulut. Kebiasaaannya, pinantung ini terus ditelan dan jarang dikunyah.
Sagu yang belum dibuat...
Sagu yang boleh dimakan dengan cecah.
Tempat-tempat yang menarik ada di Sabah!! Macam-macam ada...buli bah kalau kau..
Nama Sabah sudah jelas menunjukkan keistimewaan yang ada di Sabah. Jika benar untuk meneroka sepenuhnya Sabah. Memang tidak cukup jika anda mempunyai masa terluang seperti seminggu kerana Sabah mempunyai keunikannya dan keindahannya yang tersendiri. Jika anda hanya asyik mendengar pasti tidak akan puas sehingga anda pergi dan merasai pengalaman yang ada di Sabah.
Gunung Kinabalu??Apakah itu?? Jom kita mengenali Gunung Kinabalu...
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m),Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala(4700 meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya,Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat KadazanSabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu memilik keistimewaannya yang tersendiri. Di antaranya ialah tempat di mana terletaknya bunga terbesar di dunia yakni Bunga Raflesia. Bunga ini sudah menjadi aset yang penting kepada Gunung Kinabalu,kerana bunga ini menjadi tumpuan para pelancong tidak kira pelancong luar negara mahupun dalam negara. Selain itu, bunga ini juga memiliki keunikannya di mana habitatnya hanya ada di Gunung Kinabalu. Selain itu, di Gunung Kinabalu juga terdapatnya tumbuhan yang menjalar seperti Periuk Kera, bunga ini sangat istimewa kerana dia mencari makanannya sendiri yakni serangga. Kebiasaannya, kepelbagaian bunga yang ada di Gunung Kinabalu, menjadikannya terkenal dengan kehadiran ahli-ahli kajian untuk mengajinya.
Nampak dari jauh, Gunung Kinabalu hanya sekadar gunung yang terlalu banyak tumbuh-tumbuhan yang menjalar, namun itu salah kerana pelbagai yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Gunung Kinabalu itu sendiri agar memudahkan pendaki-pendaki yang mengambil keputusan untuk menawan gunung tersebut. Pelbagai kemudahaan seperti rumah rehat yang disediakan seperti Menggilan hostel dan yang selalunya tekenal ialah rumah rehat Laban Rata. Rumah rehat akan dijumpai jika menggunakan laluan Timpohon yang memang ada di laluan Gunung Kinabalu.
SELAMAT DATANG KE SABAH....SEMUANYA ADA DI SABAH!!!!
APAKAH SABAH DAN KEISTIMEWAANNYA!!!! JOM KITA LIHAT!!
Asal usul nama Sabah....
Asal usul nama 'SABAH' dipercayai berasal dari sejenis tanaman iaitu pisang atau lebih dikenali sebagai pisang saba atau yang lebih kerap dipanggil pisang 'SABBAH' atau 'SAPPAH' oleh masyarakat bajau yang ada di Sabah, dan selalunya pisang ini lebih terkenal dibuat pisang goreng. Kebanyakannya, pisang ini lebih banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Selain itu, pisang ini juga dikenali sebagai 'JABA'. Namun kini, pisang tersebut dipanggil pisang menurun kerana dari nama tersebut lahirnya nama 'SABAH'.
Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di Kepulauan Borneo hingga di Kepulauan Sulu di selatan Filipina. Kesimpulannya di sini, nama Sabah sudah digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu sebagai Api-Api.
Nama Sabah telah ditukar kepada 'BORNEO UTARA' secara rasmi pada tahun 1881,kerana telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, namun nama Sabah digunakan semula pada 1963 ketika Pembentukan Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'SELUDANG'. Mengikut catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah dikenali sebagai 'BURNI' yang mungkin merujuk kepada Brunei.